IMAJ BLOG

IMAJ BLOG
SEDIKIT KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANNYA

Saturday, October 16, 2010

CATATAN YANG MUNGKIN PERLU DIFIKIRKAN

Banyak artikel-artikel yang memaparkan pelbagai rayuan dan rintihan di dada-dada akhbar atau majalah. Ada yang merayu supaya diberi pembelaan, ada yang memohon bantuan untuk berbagai tujuan dan tidak kurang pula yang memerlukan wang untuk mengubati berbagai jenis
penyakit yang dihadapi. Lebih sedih lagi apabila terdapat anak-anak yang tidak dapat meneruskan pelajaran kerana kesempitan wang, apatah lagi untuk ke pusat pengajian tinggi.

Ramai diantara pembaca yang hanya membaca tajuk-tajuk berita tersebut dan berlalu begitu sahaja. Mungki ada juaga yang teringin membaca apa cerita yang sebenarnya. Kadang kala timbul perasaan simpati, tetapi untuk buat seketika sahaja kerana merasa tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kononnya mungkin ada orang lain yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. Ini bukan masalah saya, bisikan hati untuk melepaskan tanggungjawab.

Bagi mereka yang prihatin, sensitif dan bertanggungjawab, akan tertanya-tanya diri sendiri. Apakah usaha dan sumbangan yang telah dilakukan untuk membantu mereka?. Apa pula kesudahan jika tidak dibantu? Siapa saya jika tidak prihatin dengan keadaan yang berlaku? Jika mahu mahu bantu pula...bagaimana caranya kerana saya sendiri juga sedang berhadapan dengan berbagai masalah dan kesempitan?

No comments:

Post a Comment