IMAJ BLOG

IMAJ BLOG
SEDIKIT KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANNYA

Sunday, October 17, 2010

KE MANA PERGINYA MEREKA...

Teringat pula disuatu ketika dulu. Kalau tak salah, dalam sekitar tahun-tahun 2004 hingga tahun 2007. Sedap mata memandang 'usahawan-usahawan' kita. Seorang demi seorang
meningkat dan berubah kehidupan masing-masing. Orang ini cerita mengenai orang itu dah beli kereta baru. Orang itu beritahu mengenai orang ini dah selesai semua hutang, tunggu nak penuhkan poket saja lagi. Mercedes Benz dan BMW macam-macam jenis dan warna ke hulu hilir atas jalan. Hak siapa lagi kalau bukan kepunyaan kumpulan mereka. Orang itu dah keluarkan C class, Orang ini pula baru tempah E class. Itu kereta besa-besar. Kereta yang kecil-kecil sudah tidak perlu dibincang lagi.

Pusing seluruh Malaysia. Kadang-kadang ada di Johor. Esoknya dah ada di Pahang pula. Sekali sekala takut kawan-kawan nak telefon sebab ada di luar negara. Nanti bil telefon tak dapat nak bayar pula. Pendek kata, ada yang balik rumah seminggu sahaja dalam sebulan. Lagi tiga minggu ada di luar kawasan. Tidak dapat dinafikan, ahli perniagaan memang begitu. Kalau duduk dalam kawasan saja, macam mana perniagaan nak berkembang. Fikiran tidak terbuka katanya. Buat bisnes tempat sendiri susah orang nak percaya. Ibarat 'bomoh kampung', orang tempatan susah nak datang berubat. Tapi orang luar datang berpusu-pusu. Jadi sebab itu terpaksa sentiasa ada di luar kawasan. Barulah cek diterima tiap-tiap bulan makin besar.

Jual susu pun boleh jadi kaya....sudah terbukti. Tapi...di manakah mereka sekarang dan masihkah mereka seperti dulu? Atau mungkinkah mereka bertambah kaya dan telah berpindah ke kawasan lain sebab sudah tidak nampak lagi C Class dan E Class mereka di atas jalan.

Jika sebaliknya telah berlaku, di manakah silapnya? Renung-renungkan. Susukah yang menjadi semakin tidak berkesan, syarikatkah yang membuat masalah, persaingan produk dan syarikatkah yang sukar ditandingi, faktor masakah yang sering berubah, trend pasarankah yang tidak menentu atau diri sendirikah yang perlu berubah?

Harap-harap tidak ada mereka yang terpaksa menanggung hutang dan menderita 'hasil dari kejayaan' terdahulu. Jika ada yang terpaksa menghadapi situasi ini, bangunlah semula. Tetapi kajilah sedalam-dalammya kesilapan lalu supaya tidak lagi mengulanginya. Rasa-rasanya peluang yang sama kepada orang yang sama dalam bidang yang sama adalah jarang berlaku walaupun masih ada. Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment