IMAJ BLOG

IMAJ BLOG
SEDIKIT KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANNYA

MENGAPA PROJEK DILANCARKAN

YATIM PIATU
Setiap dari kita mempunyai 3 tanggungjawab utama iaitu:
1. Tanggungjawab kepada Pencipta.
2. Tanggungjawab kepada diri dan mereka di bawah tanggungan kita.
3. Tanggungjawab terhadap
masyarakat atau tanggungjawab sosial.

NANTI SEMUA KITA AKAN TUA
Kebanyakan orang hampir
 terlupa tanggungjawab
 sosial masing-masing kerana
setiap hari sibuk mengejar
 keperluan diri dan keluarga. Ada yang menganggap mereka tiada masa atau tidak sempat untuk memikirkan masalah yang dihadapi orang lain. Orang lain
 boleh buat. Jika semua orang mengharap orang lain buat kerja ini, maka siapa yang akan yang akan melaksanakannya. Mungkin ada yang kata ini fardhu kifayah saja, jadi kalau sudah ada orang lain dah buat, kita dah tak payah.
MEREKA YANG DAIF


MEREKA PUN ORANG JUGA
 CUKUPKAH HANYA SEKADAR BERSIMPATI TERHADAP PENDERITAAN MEREKA?
MEREKA KELAPARAN

Nanti apabila mati, kita akan ditanya siapa saudara kamu? Apa kita nak jawab?. Bolehkah kita jawab "saya tidak mampu untuk membantu mereka atau saya terlalu sibuk untuk beribadat kepadaMU dan terpaksa bekerja keras untuk keperluan diri dan menunaikan tanggungjawab keluarga saya"?
MEREKA DIZALIMI
Orang lain telah sanggup bergadai nyawa untuk melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan mereka. Kita masih dengan "ah...tak mengapalah...mereka ada kemampuan, biarlah mereka yang buat semua kerja-kerja ni...kita mana mampu nak buat seperti mereka".

Berbincang pasal mampu...apa ukuran yang menentukan mampu atau tidak? Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Jadi sepatutnya setiap orang mesti melihat apa yang dia mampu, bukan mencari sebab mengapa dia tidak mampu. Jika semua orang melihat apa yang mampu dia lakukan, sudah pasti semua orang akan membuat sesuatu mengikut kemampuannya. Jika sebaliknya, semua orang akan kata tidak mampu. Tidak kira cara manapun orang fikir, kewajipan tetap juga kewajipan.