IMAJ BLOG

IMAJ BLOG
SEDIKIT KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANNYA

Monday, October 25, 2010

APA SEBENARNYA KEJAYAAN?

Semua ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Begitu juga dengan kita. Mengapa kita dihantar untuk belajar? Kita pula menghantar anak-anak ke tadika, sekolah rendah,
 sekolah menengah dan hingga peringkat paling tinggi yang boleh.

Ada yang berpendapat supaya mendapat ilmu, supaya berpendidikan, supaya pandai, supaya cerah masa depan dan bermacam-macam lagi. Adakah ini matlamat utama?. Jika ya...mungkin itu lah yang mereka dapat. Kita mungkin selalu jumpa ramai orang yang banyak ilmu, orang yang pandai, orang yang educated dan sebagainya. Tetapi berapa ramaikah dikalangan mereka ini yang dikatogarikan sebagai berjaya?.

Lazimnya ramai yang lulus peperiksaan, yang berpelajaran tinggi dan tak kurang yang pandai. Tetapi tidak berada dalam golongan orang yang berjaya. Jadi apa maksud semua ini?

Saya berpendapat bahawa matlamat utama ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah adalah untuk berjaya. Bukan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan atau jadi orang berpelajaran sahaja. Soalannya, adakah sekolah atau pusat pengajian yang mengajar untuk menjadi orang berjaya?. Nak lulus periksa dan tamat pengajian dengan kepujiankah atau nak berjaya?.

Apa yang dipelajari dan apapun ilmu yang diperolehi sebenarnya hanyalah untuk mewujudkan kejayaan. Semua ilmu yang diajar bermula dari dalam perut ibu hinggalah ke perut bumi adalah untuk mewujudkan kejayaan sahaja. Kalau banyak ilmupun, tapi tidak gunakan untuk mewujudkan kejayaan, nak buat apa dengan ilmu tersebut.

Jika diri sendiri yang berilmu, yang berpelajaran, yang pandai dan sebagainya itu tidak menggunakannya untuk mewujudkan kejayaan, maka bagaimana kejayaan boleh wujud. Jadi adakah ukuran pandai atau tidak itu menjadi faktor utama untuk orang berjaya? Mungkin pandai itu mempunyai sedikit kelebihan untuk mewujudkan kejayaan. Tetapi kalau kurang pandaipun, tetapi lebih berjaya, rasanya lebih baik kurang pandai daripada pandai. Jadi apakah sebenarnya makna kejayaan???

No comments:

Post a Comment