IMAJ BLOG

IMAJ BLOG
SEDIKIT KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANNYA

Wednesday, November 3, 2010

MENGAPA IMPIAN TINGGAL IMPIAN.....?

Seseorang mestilah mempunyai impian yang jelas sebelum mencapai kejayaan. Jika tiada impian, tiada  apa yang boleh ditukar menjadi kenyataan kerana kejayaan itu ialah apabila impian ditukar menjadi kenyataan.

Oleh itu setiap orang mestilah tetapkan impian terlebih dahulu. Jangan takut untuk berimpian kerana itu adalah hak masing-masing. Mahu banyak wang, mahu rumah besar, mahu kereta mewah, mahu perniagaan sendiri, mahu buat banyak kerja kerja amal dan kebajikan, mahu mendapat penghargaan, mahu melancong ke sana sini setiap tahun dan sebagainya. Impian biarlah besar. Percuma sahaja. Tidak ada siapa yang boleh menghalang seseorang itu berimpian. Kadang-kadang pelik sungguh kehidupan ini....nak berimpian pun
 orang takut. Takut orang itu kata, takut nanti tak dapat, kecewa pula dan bermacam-macam lagi. Kalau nak berimpian pun takut, macam mana nak bercakap mengenai kejayaan. Bukankah kejayaan itu akan berlaku apabila seseorang itu dapat menukar impian menjadi kenyataan. Tiada impian, sudah tentu tiada apa yang mahu dicapai. Tetapkan impian dengan jelas supaya ada usaha menukarnya jadi kenyataan.

Apabila sudah ada impian yang jelas, apa yang menghalang orang menukar impian menjadi kenyataan?. Sudah tentu pendapatan yang diterima sekarang. Pendapatan yang kecil sudah tentu tidak mungkin merealitikan impian yang besar.

Disebabkan pendapatan yang kecil, kebanyakan orang akan mengecilkan impian mereka. Dengan sebab itu kita dapat lihat ramai orang yang hanya berpuashati dengan apa yang mereka ada sekarang. Cukuplah dengan itu dan ini yang mereka ada. Hakikatnya mereka juga mahu mengecapi sepertimana yang dikecapi oleh orang lain. Mereka juga mahu memandu kereta mewah, mahu tinggal di rumah besar, mahu banyak duit dan sebagainya seperti orang lain. Tetapi mengapa mereka hanya berpuashati dengan apa yang mereka ada sekarang?. Mereka zuhud?, mereka takut nanti jadi riak dan susah masuk syurga? atau apa?. Hakikatnya, mereka adalah orang-orang yang telah berputus asa dan gagal. Putus asa pun tak boleh masuk syurga sebab tuhan juga tidak suka orang yang berputus asa. Tuhan suruh kita terus berusaha dan berdoa. Nescaya akan diperkenankannya samada di dunia atau di akhirat.

Orang yang berjaya tidak pernah mengecilkan impian mereka. Impian tetap impian walaupun pada masa ini pendapatan mereka kecil. Apa yang mereka buat ialah memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mengetahui mengapa pendapatan mereka sekarang tidak mahu jadi besar dan bagaimana boleh menukar pendapatan menjadi besar supaya boleh mencapai impian mereka.
Mereka sedar bahawa pendapatan mereka sekarang adalah seperti kura-kura. Sedangkan kehidupan mereka berlari seperti arnab.

Mana mungkin kura-kura dapat menandingi arnab berlari. Kenaikan pendapatan mungkin sekali sahaja setahun, sedangkan kenaikan kos kehidupan mungkin tiga atau empat kali. Ini menyebabkan tidak ada lebihan terhadap pendapatan mereka.

Impian hanya boleh dicapai melalui lebihan pendapatan. Jika pendapatan berterusan seperti kura-kura, orang bukan sahaja tidak dapat mencapai impian, bahkan akan semakin jauh dari impian. Akhirnya impian akan hanya menjadi angan-angan. Semakin besar impian, semakin besar angan-angan.

Mungkin inilah sebabnya orang takut nak berimpian besar. Sebab mereka takut mereka akan menukar impian yang besar menjadi angan-angan yang besar. Tuhan tidak larang orang berimpian besar, tetapi tuhan larang orang yang berangan-angan besar atau pamjang angan-angan.

Orang yang berjaya sentiasa memikirkan bagaimana untuk membesarkan pendapatan mereka, bukan memikirkan bagaimana mengecilkan impian mereka supaya disesuaikan dengan pendapatan yang ada. Bagi mereka, impian tetap impian dan mesti ditukar menjadi kenyataan. Sekarang impian sudah menjadi cita-cita.

Bagaimana membolehkan kura-kura menandingi arnab. Kalau dalam cerita dongeng orang dulu-dulu adalah. Pertandingan berlari antara arnab dan kura-kura. Kononnya arnab tertidur, jadi bolehlah arnab sampai dahulu sebelum arnab. Orang dulu-dulu buat cerita ada sebab dan ada mesej yang cuba disampaikan.

Mustahil kah kura-kura boleh mendahului arnab dalam keadaan sebenar?. Bolehkah dibuat sesuatu supaya jadi boleh? Kadang-kadang perkara tidak mustahil pun orang kata mustahil sebab mereka tidak mahu berfikir panjang. Apa kata kalau kita ambil kura-kura dan letak atas satu kenderaan. Kemudian kita pecut kenderaan tersebut laju-laju...Sudah pasti kura-kura akan menandingi arnab. Sudah tentu kura-kura akan sampai dahulu daripada arnab. Apa pengajaran yang boleh diambil dari contoh ini...? Kura-kura perlukan kenderaan untuk menandingi arnab.

Kita memerlukan suatu kenderaan untuk membolehkan pendapatan menjadi lebih besar daripada kos kehidupan. Kenderaan yang dimaksudkan ini mungkin kerjaya, perniagaan atau pekerjaan yang dilakukan sekarang. Jadi adalah kita berada di atas kenderaan yang betul untuk mencapai impian. Kita sendiri sahaja yang dapat memberi jawapannya. Memberi jawapan kepada siapa? Kepada diri kita sendiri.

Kenderaan atau kerja yang betul sahaja akan membolehkan orang menukar impian menjadi kenyataan. Kenderaan yang salah akan membawa orang ke tempat yang salah. Orang yang berjaya akan sentiasa menilai pekerjaan yang mereka buat samada boleh mencapai impian atau tidak. Mereka sentiasa melihat samada semakin hampir kepada impian atau semakin jauh dari impian yang ditetapkan. Orang yang gagal pula adalah mereka sentiasa mengharapkan kerja mereka dinilai. Dengan itu mereka dibayar mengikut nilai pekerjaan yang dilakukan.

Hampir 2/3 daripada umur kita dihabiskan dalam kerjaya. Orang mungkin memulakan kerjaya pada umur awal 20an dan bersara ketika berumur akhir 50an. Jadi hampir 40 tahun adalah umur dalam kerjaya. Jika apa yang dibuat itu tidak betul, bermakna orang telah membuat kesilapan sepanjang tempoh tersebut. Tidak mungkin dapat diperbetulkan lagi kerana tiada baki umur lagi untuk diperbetulkan. Sudah terlalu jauh kenderaan salah telah dinaiki. Tiada masa yang cukup lagi untuk berpatah balik.

Bukan mudah untuk pastikan kenderaan yang dinaiki itu betul dan mampu untuk menukar impian menjadi kenyataan. Orang kata ada 5 bidang saja yang biasanya memberi pendapatan yang tinggi:

  1. Jadi Top Entertainer
  2. Corporate Ladder
  3. Professional
  4. Perniagaan
  5. Networking
Tidak ramai yang mampu mengejar nombor 1 hingga nombor 3 disebabkan keperluan-keperluan dan halangan-halangan tertentu. Jadi berduyun-duyunlah orang-orang kita cuba nak ambil yang nombor 4 (nak berniaga) dan nombor 5 (networking) untuk jadi kenderaan mereka supaya dapat mencapai impian. Masing-masing mahu jadi usahawan untuk menukar impian menjadi kenyataan.

Bidang atau kenderaan yang dipilih kadang-kadang sudah betul, tetapi silap pilih kenderaan rosak pula. Kadangkala pula kenderaan sudah betul, tetapi pergi ke arah lain. Lupa nak tanya pemandu. Sekang ada ada di Kuala Lumpur, Pemandu nak ke Johor Bharu sedangkan kita nak ke Alor Setar. Akhirnya pemandu sampai ke destinasi sedangkan kita semakin jauh dari tujuan. Bermakna bukan sahaja perlu pilih kenderaan, tetapi juga perlu melihat arah dan tujuan hendak pergi. Jika kita mahu tumpang kenderaan orang, pastikan tujuan dan arah yang hendak kita pergi mestilah sama dengan tujuan dan halatuju orang yang hendak ditumpang. Dengar macam pelik saja ayat ini, tetapi inilah yang selalu orang buat. Tambah-tambah lagi mereka yang mencebur diri dalam bidang networking.

Adakah matlamat syarikat, matlamat orang yang memperkenalkan kita, matlamat produk dan sebagainya itu bersesuaian dengan matlamat kita. Hanya matlamat kita sahaja yang bolehkan menukar impian kita menjadi kenyataan. Matlamat syarikat, matlamat leader dan sebagainya tidak akan menukar impian kita menjadi kenyataan tetapi akan menukar impian mereka menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment