tag:blogger.com,1999:blog-58816339182936805252024-02-07T10:23:06.908+08:00PROJEK MEMARTABATKAN INSAN OLEH LBN CHARITYPROJEK UNIK YANG DIILHAMKAN KHAS UNTUK MEMBOLEHKAN SETIAP ORANG MEMBUAT KEBAJIKAN DAN KERJA AMAL (MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL) SAMBIL MENINGKATKAN TAHAP EKONOMI MASING-MASINGLBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.comBlogger9125tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-51094054836573200112010-11-05T01:26:00.002+08:002010-11-05T01:30:10.538+08:00MENGAPA CARI KALAU TIDAK TAHU APA YANG DICARIKehidupan ini semakin lama semakin menarik sebab semakin lama semakin banyak perkara pelik-pelik yang kita jumpa. Ramai orang berkejar ke sana ke mari mencari sesuatu padahal mereka sendiri juga tidak tahu apa yang mereka cari. Bunyi seperti pelik, tetapi itulah yang kebanyakan orang buat. Kalau kita sendiri tidak tahu apa yang kita cari, tidak mungkin kita akan jumpa apa yang dicari.

Sebagai contoh...Anda diberitahu bahawa ada suatu benda namanya ASMANONON di halaman rumah anda. Benda tersebut boleh digunakan untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Jika anda berjumpa

dengan benda tersebut, anda akan menjadi kaya raya. Bolehkah anda mencarinya?. Jika tidak boleh...apa sebabnya?. Sudah tentu kerana anda tidak tahu apakah sebenarnya ASMANONON tersebut. Kalaupun anda sudah nampak benda tersebut, anda tidak akan tahu bahawa anda sudah menjumpainya. Adakah ASMANONON itu sejenis daun, adakah ia sejenis logam, jenis batu atau apa bendanya. Jika anda tahu atau anda kenal ASMANONON tersebut, mungkin dengan mudah anda akan menjumpainya.

Disana sini orang bercakap tentang kejayaan. Tetapi sejauh mana orang faham tentang kejayaan. Apa makna kejayaan dan apa sebenarnya kejayaan?, Adakah pelajar yang lulus periksa itu boleh dikatakan berjaya? Adakah pasukan yang menang bola sepak itu dianggap berjaya atau adakah seorang peniaga yang mendapat keuntungan yang banyak itu adalah kejayaan?. Kalau setiap orang mendifinasikan kejayaan dengan cara masing-masing, ada berapa banyak makna kejayaan?.

Bagi penulis, kejayaan bererti perubahan iaitu samada perubahan pada minta maupun perubahan fizikal yang positif. Seseorang mungkin pandai, lepasan pusat pengajian tinggi atau berada dalam kerjaya yang betul, tetapi jika dia tidak mahu berubah dari keadaan dimana dia berada sekarang, dia tetap tidak akan berjaya. Tambah-tambah lagi mereka yang mungkin berada dalam situasi yang memenatkan pada masa sekarang, jika tidak mahu berubah...sudah tentu lebih memenatkan. Bukan sahaja tidak berjaya, bahkan akan semakin jauh dari kejayaan. Oleh itu kejayaan adalah khas untuk orang yang mahu berubah kerana KEJAYAAN ADALAH PERUBAHAN.

Semua orang mahukan kejayaan. Tetapi tidak semua orang mahu berubah. Ini adalah sesuatu yang amat pelik dan ajaib. Hanya segelintir orang sahaja mahu dan bersedia berubah. Sebab itu orang yang berjaya tidak ramai berbanding dengan orang yang gagal. Mengapa orang mahu berjaya tertapi mereka tidak bersedia untuk berubah?. Biasanya ada dua sebab mengapa orang tidak mahu berubah.

Sebab pertama ialah kerana mereka takut tidak selesa apabila melakukan perubahan. Sebarang perubahan yang dibuat akan menyebabkan orang merasa tidak selesa. Mereka terpaksa memasuki suasana yang tidak pasti atau tidak tahu. Mereka takut kepada tidak pasti dan tidak tahu yang akan dialami. Misalnya mengubah bidang pekerjaan yang baru. Orang takut kalau-kalau bidang yang baru itu tidak bersesuaian dengan mereka, takut tidak boleh ikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan, takut tidak dapat menyesuaikan diri dengan masa dan suasana yang baru, kawan-kawan baru dan lain-lain. Kadang kala ada pekerjaan yang memerlukan disiplin yang ketat, masa kerja yang lebih panjang, latihan yang berterusan dan sebagainya. Yang peliknya...Walaupun mereka tahu bahawa pekerjaan baru akan memberi lebih peluang untuk peningkatan berbanding pekerjaan sediada, mereka tetap tidak mahu berpindah ke tempat baru. Ini kerana mereka merasakan bahawa berterusan kerja di tempat sediada adalah lebih selesa.

Sebab kedua mengapa orang tidak mahu berubah ialah kerana mereka takut tidak biasa. Takut dipandang luar biasa oleh orang lain. Ada kalanya mereka sendiri akan merasakan bahawa diri mereka sendiri akan menjadi luar biasa. Misalnya sekarang mereka bekerja bermula pukul lapan pagi dan balik pukul lima petang. Sebelah malam pula duduk di rumah sahaja. Tiba-tiba disuruh bekerja mulai pukul dua petang hingga pukul sepuluh malam. "Orang tak biasa kerja macam itu". Ini mungkin rungutan yang akan didengar. Dengan itu mereka tidak akan mengubah pekerjaan walaupun mereka tahu bahawa mereka mempunyai peluang besar untuk peningkatan.

Lumrahnya, kejayaan akan dicapai apabila orang membuat sesuatu yang luar biasa. Hanya orang yang luar biasa sahaja sanggup membuat sesuatu yang luar biasa. Ini bermakna orang yang selalu membuat kerja biasa mestilah berubah dan bersedia untuk membuat perkara yang luar biasa jika mereka juga mahu berjaya. Apabila melakukan perkara yang luar biasa, sudah pasti akan mengalami situasi yang tidak selesa. Tanpa situasi tidak selesa bererti tiada perubahan. Dengan itu, tidak boleh takut dengan tidak selesa. Tidak kira samada suka atau tidak, samada mahu atau tidak, kedua-dua tidak biasa dan tidak selesa ini mesti dihadapi jika mahu berjaya.

Bagaimanapun tuhan maha adil dan maha mengetahui terhadap makhluk ciptaannya. Dengan itu tuhan jadikan supaya perkara tidak selesa dan tidak biasa akan menjadi selesa dan biasa sahaja apabila dilakukan selalu. Hakikatnya, kebiasaan dan keselesaan adalah juga berasal dari luar biasa dan tidak selesa yang dibuat secara berulang-ulang.

Tidak ada siapa dapat memberi kejayaan kepada orang orang lain selain dari Allah. Oleh sebab itu kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk memberi kejayaan kepada kita. Kejayaan mesti diwujudkan sendiri dengan keizinan Allah. Orang lain hanya boleh memberi ilmu dan menunjukkan jalan untuk menuju kejayaan. Untuk berjaya, mulakan perubahan sekarang sambil berdoa untuk mendapat keizinan.LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-9829766175831706792010-11-03T22:06:00.003+08:002010-11-06T05:31:58.853+08:00MENGAPA IMPIAN TINGGAL IMPIAN.....?Seseorang mestilah mempunyai impian yang jelas sebelum mencapai kejayaan. Jika tiada impian, tiada apa yang boleh ditukar menjadi kenyataan kerana kejayaan itu ialah apabila impian ditukar menjadi kenyataan.

Oleh itu setiap orang mestilah tetapkan impian terlebih dahulu. Jangan takut untuk berimpian kerana itu adalah hak masing-masing. Mahu banyak wang, mahu rumah besar, mahu kereta mewah, mahu perniagaan sendiri, mahu buat banyak kerja kerja amal dan kebajikan, mahu mendapat penghargaan, mahu melancong ke sana sini setiap tahun dan sebagainya. Impian biarlah besar. Percuma sahaja. Tidak ada siapa yang boleh menghalang seseorang itu berimpian. Kadang-kadang pelik sungguh kehidupan ini....nak berimpian pun
orang takut. Takut orang itu kata, takut nanti tak dapat, kecewa pula dan bermacam-macam lagi. Kalau nak berimpian pun takut, macam mana nak bercakap mengenai kejayaan. Bukankah kejayaan itu akan berlaku apabila seseorang itu dapat menukar impian menjadi kenyataan. Tiada impian, sudah tentu tiada apa yang mahu dicapai. Tetapkan impian dengan jelas supaya ada usaha menukarnya jadi kenyataan.

Apabila sudah ada impian yang jelas, apa yang menghalang orang menukar impian menjadi kenyataan?. Sudah tentu pendapatan yang diterima sekarang. Pendapatan yang kecil sudah tentu tidak mungkin merealitikan impian yang besar.

Disebabkan pendapatan yang kecil, kebanyakan orang akan mengecilkan impian mereka. Dengan sebab itu kita dapat lihat ramai orang yang hanya berpuashati dengan apa yang mereka ada sekarang. Cukuplah dengan itu dan ini yang mereka ada. Hakikatnya mereka juga mahu mengecapi sepertimana yang dikecapi oleh orang lain. Mereka juga mahu memandu kereta mewah, mahu tinggal di rumah besar, mahu banyak duit dan sebagainya seperti orang lain. Tetapi mengapa mereka hanya berpuashati dengan apa yang mereka ada sekarang?. Mereka zuhud?, mereka takut nanti jadi riak dan susah masuk syurga? atau apa?. Hakikatnya, mereka adalah orang-orang yang telah berputus asa dan gagal. Putus asa pun tak boleh masuk syurga sebab tuhan juga tidak suka orang yang berputus asa. Tuhan suruh kita terus berusaha dan berdoa. Nescaya akan diperkenankannya samada di dunia atau di akhirat.

Orang yang berjaya tidak pernah mengecilkan impian mereka. Impian tetap impian walaupun pada masa ini pendapatan mereka kecil. Apa yang mereka buat ialah memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mengetahui mengapa pendapatan mereka sekarang tidak mahu jadi besar dan bagaimana boleh menukar pendapatan menjadi besar supaya boleh mencapai impian mereka.

Mereka sedar bahawa pendapatan mereka sekarang adalah seperti kura-kura. Sedangkan kehidupan mereka berlari seperti arnab.

Mana mungkin kura-kura dapat menandingi arnab berlari. Kenaikan pendapatan mungkin sekali sahaja setahun, sedangkan kenaikan kos kehidupan mungkin tiga atau empat kali. Ini menyebabkan tidak ada lebihan terhadap pendapatan mereka.

Impian hanya boleh dicapai melalui lebihan pendapatan. Jika pendapatan berterusan seperti kura-kura, orang bukan sahaja tidak dapat mencapai impian, bahkan akan semakin jauh dari impian. Akhirnya impian akan hanya menjadi angan-angan. Semakin besar impian, semakin besar angan-angan.

Mungkin inilah sebabnya orang takut nak berimpian besar. Sebab mereka takut mereka akan menukar impian yang besar menjadi angan-angan yang besar. Tuhan tidak larang orang berimpian besar, tetapi tuhan larang orang yang berangan-angan besar atau pamjang angan-angan.

Orang yang berjaya sentiasa memikirkan bagaimana untuk membesarkan pendapatan mereka, bukan memikirkan bagaimana mengecilkan impian mereka supaya disesuaikan dengan pendapatan yang ada. Bagi mereka, impian tetap impian dan mesti ditukar menjadi kenyataan. Sekarang impian sudah menjadi cita-cita.

Bagaimana membolehkan kura-kura menandingi arnab. Kalau dalam cerita dongeng orang dulu-dulu adalah. Pertandingan berlari antara arnab dan kura-kura. Kononnya arnab tertidur, jadi bolehlah arnab sampai dahulu sebelum arnab. Orang dulu-dulu buat cerita ada sebab dan ada mesej yang cuba disampaikan.

Mustahil kah kura-kura boleh mendahului arnab dalam keadaan sebenar?. Bolehkah dibuat sesuatu supaya jadi boleh? Kadang-kadang perkara tidak mustahil pun orang kata mustahil sebab mereka tidak mahu berfikir panjang. Apa kata kalau kita ambil kura-kura dan letak atas satu kenderaan. Kemudian kita pecut kenderaan tersebut laju-laju...Sudah pasti kura-kura akan menandingi arnab. Sudah tentu kura-kura akan sampai dahulu daripada arnab. Apa pengajaran yang boleh diambil dari contoh ini...? Kura-kura perlukan kenderaan untuk menandingi arnab.

Kita memerlukan suatu kenderaan untuk membolehkan pendapatan menjadi lebih besar daripada kos kehidupan. Kenderaan yang dimaksudkan ini mungkin kerjaya, perniagaan atau pekerjaan yang dilakukan sekarang. Jadi adalah kita berada di atas kenderaan yang betul untuk mencapai impian. Kita sendiri sahaja yang dapat memberi jawapannya. Memberi jawapan kepada siapa? Kepada diri kita sendiri.

Kenderaan atau kerja yang betul sahaja akan membolehkan orang menukar impian menjadi kenyataan. Kenderaan yang salah akan membawa orang ke tempat yang salah. Orang yang berjaya akan sentiasa menilai pekerjaan yang mereka buat samada boleh mencapai impian atau tidak. Mereka sentiasa melihat samada semakin hampir kepada impian atau semakin jauh dari impian yang ditetapkan. Orang yang gagal pula adalah mereka sentiasa mengharapkan kerja mereka dinilai. Dengan itu mereka dibayar mengikut nilai pekerjaan yang dilakukan.

Hampir 2/3 daripada umur kita dihabiskan dalam kerjaya. Orang mungkin memulakan kerjaya pada umur awal 20an dan bersara ketika berumur akhir 50an. Jadi hampir 40 tahun adalah umur dalam kerjaya. Jika apa yang dibuat itu tidak betul, bermakna orang telah membuat kesilapan sepanjang tempoh tersebut. Tidak mungkin dapat diperbetulkan lagi kerana tiada baki umur lagi untuk diperbetulkan. Sudah terlalu jauh kenderaan salah telah dinaiki. Tiada masa yang cukup lagi untuk berpatah balik.

Bukan mudah untuk pastikan kenderaan yang dinaiki itu betul dan mampu untuk menukar impian menjadi kenyataan. Orang kata ada 5 bidang saja yang biasanya memberi pendapatan yang tinggi:

Jadi Top Entertainer

Corporate Ladder

Professional

Perniagaan

Networking

Tidak ramai yang mampu mengejar nombor 1 hingga nombor 3 disebabkan keperluan-keperluan dan halangan-halangan tertentu. Jadi berduyun-duyunlah orang-orang kita cuba nak ambil yang nombor 4 (nak berniaga) dan nombor 5 (networking) untuk jadi kenderaan mereka supaya dapat mencapai impian. Masing-masing mahu jadi usahawan untuk menukar impian menjadi kenyataan.

Bidang atau kenderaan yang dipilih kadang-kadang sudah betul, tetapi silap pilih kenderaan rosak pula. Kadangkala pula kenderaan sudah betul, tetapi pergi ke arah lain. Lupa nak tanya pemandu. Sekang ada ada di Kuala Lumpur, Pemandu nak ke Johor Bharu sedangkan kita nak ke Alor Setar. Akhirnya pemandu sampai ke destinasi sedangkan kita semakin jauh dari tujuan. Bermakna bukan sahaja perlu pilih kenderaan, tetapi juga perlu melihat arah dan tujuan hendak pergi. Jika kita mahu tumpang kenderaan orang, pastikan tujuan dan arah yang hendak kita pergi mestilah sama dengan tujuan dan halatuju orang yang hendak ditumpang. Dengar macam pelik saja ayat ini, tetapi inilah yang selalu orang buat. Tambah-tambah lagi mereka yang mencebur diri dalam bidang networking.

Adakah matlamat syarikat, matlamat orang yang memperkenalkan kita, matlamat produk dan sebagainya itu bersesuaian dengan matlamat kita. Hanya matlamat kita sahaja yang bolehkan menukar impian kita menjadi kenyataan. Matlamat syarikat, matlamat leader dan sebagainya tidak akan menukar impian kita menjadi kenyataan tetapi akan menukar impian mereka menjadi kenyataan.LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-76172245459844378922010-10-26T01:59:00.003+08:002010-10-26T02:04:04.466+08:00USAHAWAN OH USAHAWANDi sana sini bercakap mengenai usahawan. Berbagai-bagai jenis usahawan. Usahawan kecil dan sederhana, Usahawan francais, usahawan bumiputa dan macam-macam lagi, Di lobi-lobi

hotel, di restoren-restoran, tidak ketinggalan di restoran nasi kandar 24 jam, di kelab-kelab, bahkan di gerai-gerai tepi jalanpun orang berbincang pasal nak jadi usahawan.

Di sana ada kursus usahawan, di sini ada seminar perniagaan. Syarikat swasta pun buat kursus. Kerajaan dah tentu banyak buat seminar, forum dan sebagainya sebab mahu wujudkan banyak usahawan. Lagipun memang ada jabatan dan kementerian khas untuk tujuan ini. Berbagai koleksi sijil dikumpul oleh bakal usahawan. Kononnya untuk mudah dapat pinjaman, dapat bantuan, dapat galakan dan dapat bermacam-macam insentif lagi.

Di akhir kursus usahawan, biasanya peserta sentiasa diingatkan..."balik nanti !! cuba dapatkan modal yang mencukupi untuk mulakan perniagaan masing-masing....". Ada yang terdetik di hati "mahu pinjam dari bank mana ni...tapi peluang bagus.". Fikiran sedang berlegar-legar mencari sumber kewangan. Dengar kata di sana ada pinjaman perniagaan, di sini ada peruntukan untuk pembangunan usahawan. Jadi untuk pujuk diri, mulut lalu berkata "Ah.. mesti boleh dapat kalau usaha.." Maklumlah, semangat sedang berkobar-kobar ketika itu.

Ada yang dengan semangat membara sehingga sanggup meninggalkan pekerjaan yang sudah bergaji besar untuk mulakan perniagaan. Mereka yang memang sudah diberhentikan atau memang kena berhenti kerja sudah tak perlu lagi cerita panjang. Apa lagi nak buat dengan wang imbuhan yang dapat, berniagalah yang paling baik. Kalau modal kecil, buat kecil-kecilan dulu. Lama-lama akan jadi besar juga. Sudah lama jadi pekerja, sekarang sudah boleh jadi majikan pula.

Bagi yang agak kurang yakin pula, mulakan dahulu dengan perniagaan part time sebagai sekadar mencuba dan belajar selok belok perniagaan. Sebahagian lagi pula sedang meninjau-ninjau peluang yang terbaik kerana banyak sangat tawaran dan peluang yang datang. Mereka yang aktif politik pula, peluang mungkin hadir melalui politik. Sana ada kabel, sini ada kabel. Kalau dapat sambung kabel-kabel yang ada, sudah tentu jadi panjang. Kadang-kadang sampai naik takut dengar kabel yang mereka ada. Itu belum kira orang dalam lagi. Bunyinya cukup menarik dan cukup cantik.

Dengar perbincangan tentang usahawan amat mengasyikkan. Kadang-kadang boleh duduk dengar saja sampai berjam-jam. Nasib baik ada anak dan isteri di rumah. Kalau tidak, boleh duduk 24 jam mendengar bakal-bakal usahawan kita berbincang. Nasi kandar kan 24 jam. Ditambah pula ada kemudahan WiF PERCUMA. Bertambahlah hebat dengan masing-masing ber-laptop. Usahawan alaf baru lah pula. Kalau dulu masing-masing letak telefon bimbit saja atas meja, tapi sekarang masing-masing buka laptop atas meja. Ada kalanya rasa hairan juga kepada mereka. Mereka kononnya berkumpul untuk berbincang, tetapi perbincangan mereka didapati tiada suara kerana masing-masing sibuk dengan laptop masing-masing. Tapi biarlah...mungkin kita yang tidak faham, perbincangan di kalangan usahawan alaf baru mungkin begitu.

Di meja hujung sana sedang bersembang pasal ada syarikat baru dari Amerika. Datuk...sedang urus untuk bawa masuk ke Malaysia. Semua sudah ok. Tunggu masa sesuai untuk lancarkan operasi saja. Sekarang sedang cari orang-orang yang layak untuk kawal kawasan itu dan kawasan ini. "...tak pa..kita joint kecil-kecil dulu pun ok, lepas ni kalau ada modal lebih, kita urus cara nak tambah. Yang penting..sementara awal dan belum launching lagi ni...orang duit banyak tak kisah..mereka boleh joint kemudian pun ok sebab boleh keluar modal banyak..". Itu yang sempat di dengar.

Ada pula live bola sepak di Astro. Semakin lewat, semakin meriah. Tiba-tiba ada satu kumpulan usahawan baru balik dari program. Masing-masing berpakaian kemas belaka. Ada yang betul-betul macam orang korporat. Syarikat sudah lama tapi diberi nafas baru. Ada orang tertentu ambil alih. Pemilik baru sangat perihatin, tidak seperti pemilik dulu. Pelan pemasaran cukup power, memang menguntungkan pengedar. Lagipun hanya ada satu dua produk saja. "Jadi tidak pening kepala, kita boleh fokus dan kerja jadi mudah:". Pelik pula bunyi orang yang bercakap malam ni. Dulu dia kata banyak produk lebih baik sebab boleh pelbagaikan produk kepada berbagai pengguna. Bukan semua pengguna mahu barang yang sama, katanya.

Lebih lama memerhati, lebih banyak port-port usahawan yang kita pergi, lebih banyak hal dan perkara boleh tahu. Yang terang lagi bersuluh ialah sentiasa ada peluang baru, projek baru, syarikat baru, produk baru, leader baru, pelan baru, kilang baru, pejabat baru, matlamat baru dan bermacam-macam lagi yang baru. Yang pasti pula ialah ada yang terbaru dan yang terbaru akan lebih baik dari yang baru.

Itulah sedikit sebanyak hasil dari pemerhatian, pendengaran, dan berbagai-bagai pe..lagi mengenai demam usahawan di kalangan orang-orang kita. Kita harap apa yang mereka bincang akan dilaksanakan bersungguh-sungguh. Kejayaan mereka akan menjadi kejayaan kita juga. Setidak-tidaknya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Dari dulu hingga sekarang...sudah terlalu banyak kita dengar usahawan kecundang, usahawan separuh jalan, usahawan terbengkalai, usahawan tunggu bantuan, usahawan bermasalah dan sebagainya.

.LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-79115710979126919432010-10-25T20:58:00.002+08:002010-10-25T21:07:50.233+08:00APA SEBENARNYA KEJAYAAN?Semua ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Begitu juga dengan kita. Mengapa kita dihantar untuk belajar? Kita pula menghantar anak-anak ke tadika, sekolah rendah,

sekolah menengah dan hingga peringkat paling tinggi yang boleh.

Ada yang berpendapat supaya mendapat ilmu, supaya berpendidikan, supaya pandai, supaya cerah masa depan dan bermacam-macam lagi. Adakah ini matlamat utama?. Jika ya...mungkin itu lah yang mereka dapat. Kita mungkin selalu jumpa ramai orang yang banyak ilmu, orang yang pandai, orang yang educated dan sebagainya. Tetapi berapa ramaikah dikalangan mereka ini yang dikatogarikan sebagai berjaya?.

Lazimnya ramai yang lulus peperiksaan, yang berpelajaran tinggi dan tak kurang yang pandai. Tetapi tidak berada dalam golongan orang yang berjaya. Jadi apa maksud semua ini?

Saya berpendapat bahawa matlamat utama ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah adalah untuk berjaya. Bukan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan atau jadi orang berpelajaran sahaja. Soalannya, adakah sekolah atau pusat pengajian yang mengajar untuk menjadi orang berjaya?. Nak lulus periksa dan tamat pengajian dengan kepujiankah atau nak berjaya?.

Apa yang dipelajari dan apapun ilmu yang diperolehi sebenarnya hanyalah untuk mewujudkan kejayaan. Semua ilmu yang diajar bermula dari dalam perut ibu hinggalah ke perut bumi adalah untuk mewujudkan kejayaan sahaja. Kalau banyak ilmupun, tapi tidak gunakan untuk mewujudkan kejayaan, nak buat apa dengan ilmu tersebut.

Jika diri sendiri yang berilmu, yang berpelajaran, yang pandai dan sebagainya itu tidak menggunakannya untuk mewujudkan kejayaan, maka bagaimana kejayaan boleh wujud. Jadi adakah ukuran pandai atau tidak itu menjadi faktor utama untuk orang berjaya? Mungkin pandai itu mempunyai sedikit kelebihan untuk mewujudkan kejayaan. Tetapi kalau kurang pandaipun, tetapi lebih berjaya, rasanya lebih baik kurang pandai daripada pandai. Jadi apakah sebenarnya makna kejayaan???LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-66744808034832110452010-10-17T14:04:00.001+08:002010-10-17T14:07:01.735+08:00KE MANA PERGINYA MEREKA...Teringat pula disuatu ketika dulu. Kalau tak salah, dalam sekitar tahun-tahun 2004 hingga tahun 2007. Sedap mata memandang 'usahawan-usahawan' kita. Seorang demi seorang

meningkat dan berubah kehidupan masing-masing. Orang ini cerita mengenai orang itu dah beli kereta baru. Orang itu beritahu mengenai orang ini dah selesai semua hutang, tunggu nak penuhkan poket saja lagi. Mercedes Benz dan BMW macam-macam jenis dan warna ke hulu hilir atas jalan. Hak siapa lagi kalau bukan kepunyaan kumpulan mereka. Orang itu dah keluarkan C class, Orang ini pula baru tempah E class. Itu kereta besa-besar. Kereta yang kecil-kecil sudah tidak perlu dibincang lagi.

Pusing seluruh Malaysia. Kadang-kadang ada di Johor. Esoknya dah ada di Pahang pula. Sekali sekala takut kawan-kawan nak telefon sebab ada di luar negara. Nanti bil telefon tak dapat nak bayar pula. Pendek kata, ada yang balik rumah seminggu sahaja dalam sebulan. Lagi tiga minggu ada di luar kawasan. Tidak dapat dinafikan, ahli perniagaan memang begitu. Kalau duduk dalam kawasan saja, macam mana perniagaan nak berkembang. Fikiran tidak terbuka katanya. Buat bisnes tempat sendiri susah orang nak percaya. Ibarat 'bomoh kampung', orang tempatan susah nak datang berubat. Tapi orang luar datang berpusu-pusu. Jadi sebab itu terpaksa sentiasa ada di luar kawasan. Barulah cek diterima tiap-tiap bulan makin besar.

Jual susu pun boleh jadi kaya....sudah terbukti. Tapi...di manakah mereka sekarang dan masihkah mereka seperti dulu? Atau mungkinkah mereka bertambah kaya dan telah berpindah ke kawasan lain sebab sudah tidak nampak lagi C Class dan E Class mereka di atas jalan.

Jika sebaliknya telah berlaku, di manakah silapnya? Renung-renungkan. Susukah yang menjadi semakin tidak berkesan, syarikatkah yang membuat masalah, persaingan produk dan syarikatkah yang sukar ditandingi, faktor masakah yang sering berubah, trend pasarankah yang tidak menentu atau diri sendirikah yang perlu berubah?

Harap-harap tidak ada mereka yang terpaksa menanggung hutang dan menderita 'hasil dari kejayaan' terdahulu. Jika ada yang terpaksa menghadapi situasi ini, bangunlah semula. Tetapi kajilah sedalam-dalammya kesilapan lalu supaya tidak lagi mengulanginya. Rasa-rasanya peluang yang sama kepada orang yang sama dalam bidang yang sama adalah jarang berlaku walaupun masih ada. Wallahuaklam.LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-73842592522806082512010-10-16T13:07:00.000+08:002010-10-16T13:07:42.681+08:00DATUK SOSILAWATI - SECEBIS KENANGAN DAN PENGHARGAANBaru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa kejam yang hampir tidak boleh ditrima akal. Takziah untuk semua Rakyat Malaysia khasnya kaum keluarga dan sahabat

handai Datuk Sosilawati. Penulis adalah diantara orang yang kagum dan bangga dengan kegigihan dan kejayaan jutawan dan pengasas produk kosmetik ini. Apa tidaknya...beliau telah berjaya meningkat langkah demi langkah bermula dengan kesusahan sehingga bergelar jutawan. Tidak ramai yang bergelar jutawan hari ini bermula langkah seperti beliau. Contoh kegigihan seperti ini amat sukar dicari ganti. Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang soleh.

Walaupun Datuk Sosilawati telah tiada lagi dan kita mengharapkan mereka yang kejam dan tidak berkeperimanusiaan akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan, sesungguhnya Datuk Sosilawati telah berjasa kepada rakyata Malaysia sehingga ke akhir hayatnya . Kehilangan beliau telah membongkar lebih banyak rahsia yang tidak diketahui umum sebelum ini. Bagaimanapun, penulis tidak berniat untuk mengulas perkara ini. Biarlah pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab menyelesaikannya.

Apa yang ingin diketengahkan oleh penulis ialah mengenai salah satu rahsia kejayaan Datuk Sosilawati. Sesetengah orang tidak menyedari dan tidak peka dengan perkara ini. Tetapi bagi penulis, ini teramat penting dan mengaanggap salah satu dari faktor kejayaaan beliau. Sepertimana yang dilaporkan melalui BERITA MINGGU Ahad 19 September 2010, Datuk Sosilawati tidak lupa mengasingkan RM 1 JUTA daripada keuntungannya setahun untuk ANAK YATIM. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik walau semewah manapun beliau.

Semoga contoh yang ditunjukkan oleh Datuk Sosilawati ini menjadi tauladan dan ikutan hingga ke akhir zaman kepada usahawan-usahawan yang lain. Keberkatan akan membawa kejayaan. InsyaAllah.LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-83473879840460753482010-10-16T12:10:00.002+08:002010-10-16T13:23:07.170+08:00CATATAN YANG MUNGKIN PERLU DIFIKIRKANBanyak artikel-artikel yang memaparkan pelbagai rayuan dan rintihan di dada-dada akhbar atau majalah. Ada yang merayu supaya diberi pembelaan, ada yang memohon bantuan untuk berbagai tujuan dan tidak kurang pula yang memerlukan wang untuk mengubati berbagai jenis

penyakit yang dihadapi. Lebih sedih lagi apabila terdapat anak-anak yang tidak dapat meneruskan pelajaran kerana kesempitan wang, apatah lagi untuk ke pusat pengajian tinggi.

Ramai diantara pembaca yang hanya membaca tajuk-tajuk berita tersebut dan berlalu begitu sahaja. Mungki ada juaga yang teringin membaca apa cerita yang sebenarnya. Kadang kala timbul perasaan simpati, tetapi untuk buat seketika sahaja kerana merasa tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kononnya mungkin ada orang lain yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. Ini bukan masalah saya, bisikan hati untuk melepaskan tanggungjawab.

Bagi mereka yang prihatin, sensitif dan bertanggungjawab, akan tertanya-tanya diri sendiri. Apakah usaha dan sumbangan yang telah dilakukan untuk membantu mereka?. Apa pula kesudahan jika tidak dibantu? Siapa saya jika tidak prihatin dengan keadaan yang berlaku? Jika mahu mahu bantu pula...bagaimana caranya kerana saya sendiri juga sedang berhadapan dengan berbagai masalah dan kesempitan?LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-26941545823900007082010-10-14T01:33:00.005+08:002010-10-16T11:50:53.383+08:00SEDIH TENGOK KAWAN-KAWAN JATUH...Kadang-kadang sedih juga tengok kawan-kawan. Dulu kerja makan gaji. Sambil-sambil tu buat kerja part time. Tidak kiralah kerja part time apapun. Masa tu memang kerja keras, ke hulu ke hilir tidak kira

siang malam. Alhamdulillah..Usaha tidak kenal erti penat lelah telah mendatangkan hasil. Proton wira dah tukar BMW, pindah ke rumah baru. Rumah lama cadang nak dijual tapi susah nak dapat pembeli sebab agak jauh dari jalan utama. Jadi buat keputusan diberi sewa buat sementara. Dipendekkan cerita...semuanya nampak agak sempurna saja..

Setelah agak lama tak jumpa...khabarnya dah balik tinggal di rumah yang dulu. Nasib baik nak jual dulu tak ada pembeli. Kalau tidak...susah juga jadinya. BMW pula sudah diganti dengan Proton Iswara. Isteri pula mugkin dah kerja semula sebab pernah satu ketika dia ada sebut "orang rumahpun belum dapat gaji lagi..."

Dia pula sedang kerja....cari kerja.

Lagi seorang pula anak orang agak berada. Nak kata kaya sangat tu, tidak lah juga. Tapi dengar khabar kata arwah bapanya tinggal banyak bidang tanah juga. Dalam lima beradik, hanya dia saja laki-laki. Lepas bapanya meninggal dunia, ambil keputusan berhenti kerja sebab kononnya tak ada orang nak jaga emak di kampung. Lagipun tanah dusun dan ladang getah tak ada orang nak uruskan.

Lepas berhenti kerja, dengar khabar buat bisnes besar juga. Jual tanah di kampung buat modal. Tinggal isteri di kampung untuk jaga orang tua dan dia berhijrah ke ibu kota. Dalam masa yang tak panjang sangat, boleh dijadikan contoh tauladan kepada anak-anak muda. Sudah boleh digelar usahawan muda. Selepas kematian ibu tersayang, bawa anak dan isteri tinggal di kota.

Baru-baru ini berpindah balik duduk di rumah arwah ayah bonda di kampung. Khabarnya sedang usahakan tanam semula kebun getah peninggalan arwah ayah dulu. Mujur tak jual semua untuk buat modal perniagaan. Adalah juga peninggalan untuk terus menyara anak isteri tercinta. Apa yang berlaku...Allah sahaja yang tahu katanya.

Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Allah tidak akan berlaku zalim kepada hambanya. Yang penting, cuba tilik-tilik, tenung-tenung dan fikir-fikir dimana silapnya. Bukankah setiap ringgit yang kita dapat itu...ada sedikit bahagian untuk orang lain. Kita hanya diamanahkan untuk mendapat dan menguruskannya sahaja...Moga-moga kita diberi kekuatan untuk mengejar kekayaan tanpa mengabaikan segala tanggungjawab yang sepatutnya..

LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5881633918293680525.post-4101036468949552432010-10-13T02:57:00.002+08:002010-10-16T08:20:11.146+08:00KOMEN DAN PENDAPAT ANDAKebanyakan orang sedar bahawa mereka bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing (Membuat kebajikan dan kerja amal), tetapi tidak ramai yang melakukannya?LBN CHARITYhttp://www.blogger.com/profile/14672794170373875495noreply@blogger.com0