IMAJ BLOG

IMAJ BLOG
SEDIKIT KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANNYA

Saturday, October 16, 2010

DATUK SOSILAWATI - SECEBIS KENANGAN DAN PENGHARGAAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa kejam yang hampir tidak boleh ditrima akal. Takziah untuk semua Rakyat Malaysia khasnya kaum keluarga dan sahabat
handai Datuk Sosilawati. Penulis adalah diantara orang yang kagum dan bangga dengan kegigihan dan kejayaan jutawan dan pengasas produk kosmetik ini. Apa tidaknya...beliau telah berjaya meningkat langkah demi langkah bermula dengan kesusahan sehingga bergelar jutawan. Tidak ramai yang bergelar jutawan hari ini bermula langkah seperti beliau. Contoh kegigihan seperti ini amat sukar dicari ganti. Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang soleh.

Walaupun Datuk Sosilawati telah tiada lagi dan kita mengharapkan mereka yang kejam dan tidak berkeperimanusiaan akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan, sesungguhnya Datuk Sosilawati telah berjasa kepada rakyata Malaysia sehingga ke akhir hayatnya . Kehilangan beliau telah membongkar lebih banyak rahsia yang tidak diketahui umum sebelum ini. Bagaimanapun, penulis tidak berniat untuk mengulas perkara ini. Biarlah pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab menyelesaikannya.

Apa yang ingin diketengahkan oleh penulis ialah mengenai salah satu rahsia kejayaan Datuk Sosilawati. Sesetengah orang tidak menyedari dan tidak peka dengan perkara ini. Tetapi bagi penulis, ini teramat penting dan mengaanggap salah satu dari faktor kejayaaan beliau. Sepertimana yang dilaporkan melalui BERITA MINGGU Ahad 19 September 2010, Datuk Sosilawati tidak lupa mengasingkan RM 1 JUTA daripada keuntungannya setahun untuk ANAK YATIM. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik walau semewah manapun beliau.

Semoga contoh yang ditunjukkan oleh Datuk Sosilawati ini menjadi tauladan dan ikutan hingga ke akhir zaman kepada usahawan-usahawan yang lain. Keberkatan akan membawa kejayaan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment