IMAJ BLOG

IMAJ BLOG
SEDIKIT KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBERI MAKNA YANG BESAR KEPADA MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANNYA

Thursday, October 14, 2010

SEDIH TENGOK KAWAN-KAWAN JATUH...

Kadang-kadang sedih juga tengok kawan-kawan. Dulu kerja makan gaji. Sambil-sambil tu buat kerja part time. Tidak kiralah kerja part time apapun. Masa tu memang kerja keras, ke hulu ke hilir tidak kira
siang malam. Alhamdulillah..Usaha tidak kenal erti penat lelah telah mendatangkan hasil. Proton wira dah tukar BMW, pindah ke rumah baru. Rumah lama cadang nak dijual tapi susah nak dapat pembeli sebab agak jauh dari jalan utama. Jadi buat keputusan diberi sewa buat sementara. Dipendekkan cerita...semuanya nampak agak sempurna saja..

Setelah agak lama tak jumpa...khabarnya dah balik tinggal di rumah yang dulu. Nasib baik nak jual dulu tak ada pembeli. Kalau tidak...susah juga jadinya. BMW pula sudah diganti dengan Proton Iswara. Isteri pula mugkin dah kerja semula sebab pernah satu ketika dia ada sebut "orang rumahpun belum dapat gaji lagi..."
Dia pula sedang kerja....cari kerja.


Lagi seorang pula anak orang agak berada. Nak kata kaya sangat tu, tidak lah juga. Tapi dengar khabar kata arwah bapanya tinggal banyak bidang tanah juga. Dalam lima beradik, hanya dia saja laki-laki. Lepas bapanya meninggal dunia, ambil keputusan berhenti kerja sebab kononnya tak ada orang nak jaga emak di kampung. Lagipun tanah dusun dan ladang getah tak ada orang nak uruskan.


Lepas berhenti kerja, dengar khabar buat bisnes besar juga. Jual tanah di kampung buat modal. Tinggal isteri di kampung untuk jaga orang tua dan dia berhijrah ke ibu kota. Dalam masa yang tak panjang sangat, boleh dijadikan contoh tauladan kepada anak-anak muda. Sudah boleh digelar usahawan muda. Selepas kematian ibu tersayang, bawa anak dan isteri tinggal di kota.


Baru-baru ini berpindah balik duduk di rumah arwah ayah bonda di kampung. Khabarnya sedang usahakan tanam semula kebun getah peninggalan arwah ayah dulu. Mujur tak jual semua untuk buat modal perniagaan. Adalah juga peninggalan untuk terus menyara anak isteri tercinta. Apa yang berlaku...Allah sahaja yang tahu katanya.


Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Allah tidak akan berlaku zalim kepada hambanya. Yang penting, cuba tilik-tilik, tenung-tenung dan fikir-fikir dimana silapnya. Bukankah setiap ringgit yang kita dapat itu...ada sedikit bahagian untuk orang lain. Kita hanya diamanahkan untuk mendapat dan menguruskannya sahaja...Moga-moga kita diberi kekuatan untuk mengejar kekayaan tanpa mengabaikan segala tanggungjawab yang sepatutnya..

2 comments:

  1. Sebab hidup mereka bermusim. Sentiasa ikut arus masa dan tidak ada matlamat tetap. Jika berpegang teguh pada pendirian dan matlamat maka tidak akan sesat ditengah jalan.

    ReplyDelete
  2. Mereka ikut perubahan masa tetapi tidak mengikut arus perubahan masa. Sesuatu itu akan menjadi ketinggalan jika tidak sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa.

    ReplyDelete